KAUNSELING RABBANI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: MODEL BIMBINGAN KEROHANIAN BAGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR DI IPT

Authors

  • Nurul Hafiza Mat Daud Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Author

Keywords:

Kaunseling Rabbani, mahasiswa IPT, psikospiritual Islam, pembangunan insan, generasi Rabbani

Abstract

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menghadapi pelbagai cabaran dalam membimbing mahasiswa yang sering kali berhadapan dengan tekanan akademik, krisis 37embangu dan isu sosial yang semakin membimbangkan. Pendekatan kaunseling yang sering diamalkan oleh kaunselor IPT masih menggunakan model psikologi barat yang kurang menekankan aspek 37emban dan spiritual. Artikel ini mencadangkan satu kerangka konseptual Kaunseling Rabbani sebagai perubahan dalam bimbingan mahasiswa IPT. Pendekatan ini mengintegrasikan prinsip asas kaunseling moden dengan elemen psikospiritual berpandukan Al-Quran, hadis dan elemen Rabbani. Kaunseling Rabbani menekankan tiga aspek utama iaitu keseimbangan akal melalui pencerahan ilmu, kestabilan emosi melalui sokongan empati dan penghayatan budaya sabar, serta pengukuhan 37emban melalui proses tazkiyah al-nafs. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis literatur kritis bagi menghubungkan teori kaunseling konvensional seperti Teori Pemusatan Insan dan Terapi Kognitif Tingkah Laku dengan konsep pembangunan insan Rabbani. Hasilnya, artikel ini menjelaskan satu model konseptual Kaunseling Rabbani IPT yang dapat diaplikasikan dalam sesi bimbingan dan kaunseling serta Pembangunan pelajar. Implikasi artikel ini diharapkan dapat membantu kaunselor, pensyarah, pengurusan 37embanguna dalam membentuk generasi mahasiswa yang seimbang dari aspek intelektual, emosi dan spiritual, seterusnya melahirkan generasi Rabbani yang berperanan sebagai agen perubahan masyarakat.

Downloads

Published

31-10-2025

How to Cite

KAUNSELING RABBANI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: MODEL BIMBINGAN KEROHANIAN BAGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR DI IPT. (2025). Inspirica, 1(1), 37-48. https://fppi.kias.edu.my/journal/index.php/inspirica/article/view/8