| Publisher | : Penerbit KIAS |
| eISSN | : 3122-6884 |
| Established | : 2025 |
| Publication Frequency | : October |
| Publication Type | : Online (Open Access Journal) |
| Publication Fees | : Free |
INSPIRICA – Jurnal Pengurusan dan Pembinaan Insan (eISSN: 3122-6884) ialah jurnal akademik yang diterbitkan oleh Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Penubuhan jurnal ini adalah selaras dengan matlamat institusi untuk menggalakkan budaya penyelidikan, meningkatkan penerbitan ilmiah, serta menyokong aspirasi KIAS untuk menjadi universiti penuh yang unggul dalam bidang pengurusan, kemanusiaan dan pembangunan insan.
Sebagai pelengkap kepada jurnal Rabbanica yang bersifat umum dalam disiplin ilmu Islam, INSPIRICA memberi fokus khusus kepada bidang pengurusan, kepimpinan, etika, inovasi serta pembangunan modal insan. Nama INSPIRICA diambil daripada gabungan konsep “inspire” yang membawa makna memberi dorongan dan motivasi, mencerminkan misi jurnal sebagai pencetus perkembangan idea-idea baharu berimpak tinggi.
Jurnal ini menerbitkan artikel ilmiah yang melalui proses double-blind peer review, mengutamakan integriti akademik, etika penerbitan COPE, serta kualiti penyelidikan yang tinggi. INSPIRICA diterbitkan setahun sekali pada bulan Oktober dan menerima manuskrip dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Publisher: Penerbit KIAS (An imprint of KIAS Darulnaim Sdn. Bhd.)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan.
Publication Frequency: Once A Year (October)
Publication Fees: Free
Ethics Statement: The Editorial Board of Inspirica is committed to meeting and upholding the standards of ethical behaviours at all stages of the journal publication process. We subscribe to the guidelines for editors, peer-reviewers and authors set by the Committee on Publication. Where necessary, the author is responsible for obtaining copyright permission to use material from other sources. Any breach of copyright laws will result in the rejection of the submitted material or its retraction after publication. Furthermore, articles submitted to the journal should not contain any libellous, defamatory, or unlawful content.
