ANALISIS TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP SISTEM PENGURUSAN KAMPUS E-KIAS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Authors

  • Nik Adlin Nazrin Nik Mohd Adib Faculty of Management and Human Development, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS), 15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Huzaini Hashim Author
  • Faizul Kamil Author

Keywords:

e-KIAS, sistem pengurusan kampus, kepuasan pengguna, teknologi maklumat, keberkesanan sistem

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pengguna terhadap sistem pengurusan kampus e-KIAS di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Pendekatan kuantitatif digunakan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 150 responden yang terdiri daripada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Smart PLS bagi mengukur hubungan antara lima pemboleh ubah bebas kebolehgunaan, fungsi dan prestasi, keselamatan dan privasi, sokongan pengguna, serta perkembangan dan kesinambungan sistem terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan pengguna. Dapatan kajian menunjukkan semua faktor mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap kepuasan pengguna, dengan faktor sokongan pengguna dan kebolehgunaan menjadi penyumbang utama. Kajian ini menyarankan agar penambahbaikan sistem e-KIAS dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan kecekapan pengurusan kampus.

Downloads

Published

31-10-2025

How to Cite

ANALISIS TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP SISTEM PENGURUSAN KAMPUS E-KIAS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS). (2025). Inspirica, 1(1), 244-267. https://fppi.kias.edu.my/journal/index.php/inspirica/article/view/19