PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DAN INSAN MENURUT MAQASID SYARIAH: ANALISIS KEPELBAGAIAN MEKANISME PEMBERIAN HARTA DALAM ISLAM
Keywords:
Pemberian harta, mekanisme, sosio ekonomi, maqasid syariahAbstract
Pelbagai mekanisme pemberian harta yang digariskan oleh Islam seperti zakat, infaq, sedekah, wakaf, hibah, wasiat, fidyah, kafarah dan qard hasan berfungsi sebagai instrumen penting bagi mengekalkan keseimbangan sosioekonomi serta membina kesejahteraan insan. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis kepelbagaian mekanisme tersebut dengan menilai peranan strategiknya terhadap pembangunan sosioekonomi dan insan berpandukan maqasid syariah. Kaedah kualitatif digunakan melalui penelitian sumber primer dan sekunder bagi meneliti hubungan antara mekanisme pemberian harta dan dimensi pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan serta harta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap mekanisme bukan sahaja memastikan pengagihan kekayaan yang adil, malah memperkukuh solidariti sosial, meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada pembentukan insan seimbang. Kajian ini turut mengetengahkan isu serta cabaran dalam pengamalan mekanisme pemberian harta pada masa kini, di samping mengemukakan cadangan ke arah pengoptimuman pelaksanaannya. Secara keseluruhan, hasil kajian ini memperlihatkan kepentingan pemberian harta Islam sebagai instrumen yang mampu memacu pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan insan secara mampan.
