BAHASA SEBAGAI STRATEGI: PERANAN KESANTUNAN DALAM URUS NIAGA PENIAGA KIAS
Keywords:
Kesantunan, Urus niaga, Pelanggan, KIASAbstract
Kesantunan berbahasa merupakan aspek penting dalam berkomunikasi, terutamanya dalam konteks perniagaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan kesantunan berbahasa dalam kalangan peniaga di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Metodologi kualitatif digunakan dengan pemerhatian dan rakaman semasa urus niaga dijalankan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) oleh beberapa peniaga yang beroperasi di kawasan sekitar KIAS. Hasil kajian mendapati bahawa kesantunan berbahasa memberikan impak positif terhadap perhubungan peniaga dan pelanggan. Beberapa peniaga mengakui bahawa penggunaan bahasa yang sopan, mesra, dan penuh hormat membantu membina kepercayaan pelanggan. Ini tidak hanya meningkatkan jualan, tetapi juga mendorong pelanggan untuk kembali lagi. Selain itu, kesantunan berbahasa juga dapat mengurangkan salah faham dan konflik antara peniaga dan pelanggan, sekali gus mewujudkan suasana perniagaan yang harmoni. Kesimpulannya, kesantunan berbahasa bukan sahaja mencerminkan keperibadian peniaga, tetapi juga merupakan strategi perniagaan yang berkesan untuk mencapai kejayaan jangka panjang.
