PERANAN MODAL INSAN DALAM MENDORONG INOVASI PENYELIDIKAN AKADEMIK: CABARAN DAN PELUANG PENGKOMERSIALAN

Authors

  • Marina Muhammad Razaki Faculty of Management and Human Development, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS), 15730 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Mohd Azhar Abdullah Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS), 15730 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • 'Aisyah Mohamad Rodi Faculty of Syariah and Muamalat, Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS), 15730 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Normazlina Ismail Author
  • Muhd Zulfadli Suhaimi Author

Keywords:

inovasi akademik, pengkomersialan penyelidikan, modal insan, inovasi terbuka, universiti awam

Abstract

Inovasi dalam penyelidikan akademik semakin mendapat perhatian kerana potensinya sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara. Universiti sebagai pusat ilmu bukan sahaja berperanan menghasilkan pengetahuan baharu, tetapi juga bertanggungjawab menterjemahkannya kepada bentuk bernilai komersial. Walau bagaimanapun, usaha pengkomersialan berdepan cabaran yang kompleks, termasuk kekangan pengetahuan keusahawanan dalam kalangan penyelidik, isu perlindungan harta intelek, keterbatasan dana dan infrastruktur, serta budaya akademik yang lebih menekankan penerbitan berbanding nilai pasaran. Dalam konteks universiti awam di Malaysia, pembangunan modal insan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, kreativiti, dan motivasi penyelidik dikenal pasti sebagai faktor kritikal dalam menyokong agenda inovasi. Namun, modal insan yang berkualiti sahaja tidak mencukupi tanpa digabungkan dengan strategi inovasi terbuka, iaitu situasi apabila individu dalam organisasi tidak hanya bergantung pada sumber dalaman mereka sendiri sebaliknya turut menggunakan pelbagai sumber luaran untuk memacu projek atau penyelidikan inovasi. Artikel ini membincangkan cabaran utama yang dihadapi oleh penyelidik dalam mengkomersialkan inovasi akademik serta peluang yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keberhasilan pengkomersialan. Analisis sistematik terhadap kajian terdahulu yang berkaitan dengan pengkomersialan penyelidikan, inovasi, dan modal insan menunjukkan bahawa inovasi terbuka berfungsi sebagai pengantara penting yang menghubungkan modal insan dengan pengkomersialan penyelidikan. Selain itu, motivasi intrinsik, kemahiran keusahawanan, pengiktirafan rakan sebaya, serta sokongan pentadbiran universiti turut menjadi pemangkin utama. Strategi yang disyorkan termasuk pengukuhan latihan keusahawanan, model perniagaan spin-off, penerapan teknologi digital, serta komitmen jangka panjang pihak pengurusan universiti. Dengan sokongan dasar kerajaan dan kerjasama strategik bersama industri, pengkomersialan inovasi akademik berpotensi menyumbang secara berkesan kepada pembangunan ilmu, ekonomi, dan masyarakat. Artikel ini menegaskan bahawa kejayaan pengkomersialan memerlukan pendekatan yang menggabungkan kekuatan penyelidik, universiti, industri, dan kerajaan, sekali gus memastikan inovasi akademik dapat direalisasikan sebagai pemacu utama daya saing negara.

Downloads

Published

31-10-2025

How to Cite

PERANAN MODAL INSAN DALAM MENDORONG INOVASI PENYELIDIKAN AKADEMIK: CABARAN DAN PELUANG PENGKOMERSIALAN. (2025). Inspirica, 1(1), 128-148. https://fppi.kias.edu.my/journal/index.php/inspirica/article/view/13