KEBERKESANAN PENGURUSAN WAKAF: ANALISIS LITERASI WAKAF DAN KRISIS KEPERCAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Authors

  • Suraini Saufi Faculty of Management and Human Development. Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS), 15730, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Nurul Akma Mohamed Faculty of Syariah and Muamalat. Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS), 15730, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Mujiburrahman Muhammad Saleh Faculty of Syariah and Muamalat. Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS), 15730, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author
  • Hamidi Abdul Ghani Faculty of Syariah and Muamalat. Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS), 15730, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Author

Keywords:

wakaf, literasi, kewangan sosial, kepercayaan

Abstract

Wakaf sebagai salah satu sistem kewangan sosial Islam mempunyai skop dan ruang lingkup yang masih luas untuk diterokai. Namun, kesedaran dan tahap pengetahuan masyarakat masih lagi terikat dengan wakaf tradisional yang menyebabkan manfaat maksimum wakaf ini tidak dapat dicapai dan institusi pengurusan wakaf selalu dipersalahkan sekiranya berlaku isu berkaitan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan literasi wakaf dalam dimensi literasi definisi, konsep, sumbangan dan perundangan dengan kepercayaan masyarakat umum terhadap institusi pengurusan wakaf. Sebanyak 500 data dari seluruh Malaysia telah dianalisis. Ujian korelasi Pearson dalam SPSS menunjukkan bahawa kesemua dimensi tersebut mempunyai hubungan positif, walaupun nilai korelasi daripada dimensi konsep adalah amat rendah Peningkatan literasi wakaf dilihat sebagai kunci kepada pengukuhan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pengurusan wakaf dan pembangunan sosioekonomi Islam yang mampan. Justeru, pihak berkepentingan perlu melihat keperluan untuk meningkatkan literasi ini sebagai perkara yang penting agar sumbangan wakaf dapat dioptimumkan untuk pembangunan sosio ekonomi umat Islam yang lebih mampan dan institusi pengurusan mendapat kepercayaan yang tinggi daripada masyarakat umum.

Downloads

Published

31-10-2025

How to Cite

KEBERKESANAN PENGURUSAN WAKAF: ANALISIS LITERASI WAKAF DAN KRISIS KEPERCAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT. (2025). Inspirica, 1(1), 72-90. https://fppi.kias.edu.my/journal/index.php/inspirica/article/view/10